Jumlah Lawatan

2:29 AM

Info mengenai Johor Lama Part 3

Dari lereng bukit ada anak tangga.



Lepas naik tangga.


Pusing belakang arah ke sungai.



Member aku berdiri dekat tempat meriam. Besar jugak meriam diorang dulu ni.


Muzium.



Muzium lagi.


Kami tak masuk muzium lagi. Member aku tak puas hati dia nak tengok apa ada dalam hutan buluh ni. Betul jugak kan, mungkin sebelah padang rata ni dulu pun mungkin bahagian kota juga.


Dari celah pohon buluh terlihat sesuatu, apakah itu. jeng jeng jeng..

Oh rupa-rupanya ada kerja kerja sednag mencari bahan-bahan sejarah lama di kawasan ini. Sepatutnya tak boleh masuk kawasan ni, diorang dah letak cross line.


Ni satu lagi.




Dan satu lagi.


Depan muzium.


dalam muzium tak boleh ambik gambar, Ada lukisan wajah Sultan Alauddin Riayat Shah II dan Wajah Bendahara tun Habab. Serta satu lukisan besar tentang peperangan yang berlaku dulu di sini. Gambar atas ni kat atas loteng aku curik-curik ambik.


Ni pun sama.

Ni batu bersurat.

Ni cerita dia, akhir sekali ceritanya "Dalam tahun 1587 kota ini jatuh ke tangan Portugis. keseluruhan Kota ini dibakar dan harta benda termasuk senjata di rampas" Patutlah meriamnya dah takde dah..

Ni dah keluar dari Muzium, ada banyak juga barang lama di situ. sisa sisa yang tinggal.

Ini pandangan dari tepi, kami nak ke belakang muzium ada sesuatu di sana.


itu dia, makam sultan Alaudin Riayat Syah ke 2. katanya, tetapi ada juga sejarah kata Sultan ini di bawa ke Aceh dan memakai satu gelaran sebelum mangkat di hukum bunuh di sana. kat sini takde signbord,. Tapi kalau tengok peta yang ada di jeti . memang ada tertulis di peta itu. inilah makamnya. PEMBETULAN - bukan mangkat tetapi dihukum bunuh. (15-mar-2010).


Ada satu saja yang berbatu nesan, yang lain-lain sepatutnya ada.. tapi mana? entah..


Ni pun batu nesan Aceh juga. tapi saiznye kecil sahaja.



Dan lagi dari sudut lain.

Di jalan besar nak keluar dari Kota lama ini, ada satu makam..

Itu dia tulisannya


Dan ini dia, cuma ada satu, di jaga dengan baik dan berbumbung.

Batu nesan Aceh jugak. tapi batu nesan ni besar gila.. Aku rasa ini lah batu nesan paling besar aku pernah jumpa.

dari sudut lain


Cantiklah batu ni.

Muzium tu di jaga oleh dua orang pegawai, walaupun kecik. keseluruhan Kawasan bersejarah ini di jaga dengan baik. kalau merujuk kepada peta ada lagi tempat-tempat yang aku tak singgah.
Tapi setakat ini sahajalah dulu. Cerita tentang sejarah Kota lama ni ada dalam wikipedia


Sultans of JohorReign
Malacca-Johor Dynasty
Alauddin Riayat Shah II1528 - 1564
Muzaffar Shah II1564 - 1570
Abdul Jalil Shah I1570 - 1571
Ali Jalla Abdul Jalil Shah II1571 - 1597
Alauddin Riayat Shah III1597 - 1615
Abdullah Ma'ayat Shah1615 - 1623
Abdul Jalil Shah III1623 - 1677
Ibrahim Shah1677 - 1685
Mahmud Shah II1685 - 1699















http://en.wikipedia.org/wiki/Johor_Sultanate#Johor.27s_Glory

0 comments:

Post a Comment