Jumlah Lawatan

2:43 AM

Blog Asal Johor Lama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya ingin membawa...anda semua ke blog asal Johor lama yang diusahakan oleh En NaharAzli

disini link nya........
http://johorlama.blogspot.com/

mari kita risik-risik apa yang ada didalamnya :D

Lawatan Menteri

Kamis, 24 April 2008


Tugu pintu masuk ke Kampung Johor Lama
Plan keseluruhan Kampung Johor Lama
Anda boleh melawat dan berjalan pusing kampung sambil menikmati pemandangan.. Jangan lupa menyapa orang kampung... sambil bertanya... malu bertanya sesat jalan..




Pemandangan Tepi Pantai.. Air Pasang











SEJARAH KAMPUNG JOHOR LAMA

Kota Johor Lama terletak di tebing kiri Sungai Johor kira-kira 27 km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30 km dengan jalan darat melalui Jalan Desaru ke Telok Sengat. Kota ini terletak di kawasan ladang getah atas tebing muara Sungai Johor. Terdapat juga beberapa buah perkampungan Melayu seperti Kampung Telok Sengat dan Kampung Johor Lama.

Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alaudin Riayat Shah II (Raja Johor Kedua 1528 – 1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor . Baginda mendirikan sebuah Kotayang dibina daripada susunan batu dan kemudian ditambak dengan terbinanya Kota ini, Kerajaan Johor menjadi sebuah Kerajaan yang kuat sehingga beberapa kali.

Paulo De Lima Pareira melaporkan bahawa dalam peperangan tersebut, Portugis memusnahkan langsung pusat pemerintahan Kota Johor Lama lalu membakarnya dan Kota Batunya dimusnahkan. Beliau telah merampas 800 pucuk meriam gangsa, emas, perak, 1,200 buah perahu besar dan kecil dan sebagainya. Menurutnya, kapal yang membawa rampasan perang ini telah karam di perairanIndonesia. Sejak tarikh itu, pusat pemerintahan di Tanjung Batu dengan Kota Batunya yang gagah tidak lagi dijadikan ibu negeri oleh sultanJohor yang berikutnya.

Kota Johor Lama terbiar buat seketika hinggalah zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1677 – 1685). Pada tahun 1678, Laksmana Tun Abdul Jamil Paduka Raja (bapa mertua Sultan Ibrahim) telah datang ke Johor Lama dari Siak dan membunuh Temenggong. Sultan Ibrahim telahcuba membina semula Johor Lama dan memindahkan pusat pemerintahan ke sana tetapi tidak tercapai kerana mangkat di Riau pada 16 Febuari 1685. Kota Batu Johor Lama menjadi tempat bersemanyam sementara Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Pada ketika itu pusat pemerintahan baginda terletak di Pasir Raja, Kota Tinggi (Kampung Makam sekarang).




SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMPUNG JOHOR LAMA

Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda melawat laman blog ini. Saya berharap anda akan mendapat serba sedikit info tentang Johor Lama Kampung Bersajarah dan indah. Saya akan cuba mengajak anda lebih mengenali dan memaut hati anda agar dapat berkunjung ke kampung Johor Lama. Sekiranya anda ingin melihat permandangan keluasan Sungai Johor.. Meringankan kepala dengan melihat tali joran di makan umpan... Duduk di rumah rakit sepetang merihatkan badan.. Anda juga boleh mendengar suara unggas pagi membuat bising... suasana kampung yang aman dan nyaman.. belajar mengenali sejarah lama, bekas ibu negeri Johor yang pertama.. Ingin merasa pedas dan sedapnya masakan Ketam Renjong dan Belangkas goring kering... Menjamah kuih bahulu gendang dan kuih tekap yang tiada dijual di tempat lain.. Datanglah ke Kampung Johor Lama... Kampung Bersejarah..

0 comments:

Post a Comment