Jumlah Lawatan

6:40 PM

Orang - orang penting di kampong Johor Lama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya akan memperkenalkan beberapa orang penting yang menjadi tunggak kepada pembangunan di kampung Johor Lama :D

1) En Razi (wakil dari KEJORA)

2) En Nahar Ali(wakil Kg)

3)(Orang yang paling banyak ilmunya tentang sejarah kota lama)


Mereka telah banyak membuat perubahan keatas kampung Johor Lama ..
Muga Allah membalas keikhlasan mereka dalam membangunkan kampung ini .. Ameen


9:15 PM

Gotong-royong sempena kedatangan menteri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 17 - 20 Mei, warga kampung Johor Lama telah bersama-sama bergotong-royong sempena menyambut kedatangan Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar
Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Afdal


Agensi-agensi seperti Kejora merupakan tunggak dalam menjayakan program ini
Turut terlibat Tentera Laut Diraja Malaysia dan tidak dilupakan warga kampung Johor Lama.

Sedikit gambar yang diupload ...

Sesi potong siput sedut ... :D

Tentera Laut Malaysia :D ...

Gabungan tenaga kerja pelbagai pihak


Semua orang keletihan :( .. penat bergotong royong bersihkan kampung


Gosok jangan tak gosok :D

Sekian untuk laporan kali ini




7:46 PM
8:58 AM

Info lagi :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di sini saya akan meng-upload brochure Johor Lama ..
Untuk lihat dengan lebih jelas anda boleh klik pada gambar atau dengan lebih baik lagi anda boleh
save as picture dengan menggunakan right click.

Info 1 : Info Kampung Johor Lama Kampung Bersejarah


Info 2 : Sejarah Kota Johor Lama

Info 3 : Pakej Pelancongan



Info 4: Pakej Rakit Perlancongan



Info 5 : Pakej Melawat tempat sejarah dengan Bot :D


2:57 AM







im updating blog saba..
12:48 AM

New Pix trial for header





7:08 AM

Mari Memancing !!! :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya akan membawa anda semua untuk melihat satu aktiviti menjadi satu kewajipan pada
pengunjung -pengunjung yang kaki pancing :D

Harapan saya agar.. kaki-kaki pancing diluar sana tertarik untuk datang ke Kampung Johor Lama
sambil memancing dapat juga mendalami dan mengingati sejarah yang ditinggalkan oleh kampung tersebut ..

Ikut saya :D


Gambaran Pertama (semua gambar diambil dari Facebook En Nahar)


Sotong Kurita Pun ADA !!!

Kalau dah rezeki . .. tak kemana ..

Terbaik Punya !! :D

Rakit Abu Nahar


Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi En Nahar di talian


2:43 AM

Blog Asal Johor Lama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya ingin membawa...anda semua ke blog asal Johor lama yang diusahakan oleh En NaharAzli

disini link nya........
http://johorlama.blogspot.com/

mari kita risik-risik apa yang ada didalamnya :D

Lawatan Menteri

Kamis, 24 April 2008


Tugu pintu masuk ke Kampung Johor Lama
Plan keseluruhan Kampung Johor Lama
Anda boleh melawat dan berjalan pusing kampung sambil menikmati pemandangan.. Jangan lupa menyapa orang kampung... sambil bertanya... malu bertanya sesat jalan..




Pemandangan Tepi Pantai.. Air Pasang











SEJARAH KAMPUNG JOHOR LAMA

Kota Johor Lama terletak di tebing kiri Sungai Johor kira-kira 27 km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30 km dengan jalan darat melalui Jalan Desaru ke Telok Sengat. Kota ini terletak di kawasan ladang getah atas tebing muara Sungai Johor. Terdapat juga beberapa buah perkampungan Melayu seperti Kampung Telok Sengat dan Kampung Johor Lama.

Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alaudin Riayat Shah II (Raja Johor Kedua 1528 – 1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor . Baginda mendirikan sebuah Kotayang dibina daripada susunan batu dan kemudian ditambak dengan terbinanya Kota ini, Kerajaan Johor menjadi sebuah Kerajaan yang kuat sehingga beberapa kali.

Paulo De Lima Pareira melaporkan bahawa dalam peperangan tersebut, Portugis memusnahkan langsung pusat pemerintahan Kota Johor Lama lalu membakarnya dan Kota Batunya dimusnahkan. Beliau telah merampas 800 pucuk meriam gangsa, emas, perak, 1,200 buah perahu besar dan kecil dan sebagainya. Menurutnya, kapal yang membawa rampasan perang ini telah karam di perairanIndonesia. Sejak tarikh itu, pusat pemerintahan di Tanjung Batu dengan Kota Batunya yang gagah tidak lagi dijadikan ibu negeri oleh sultanJohor yang berikutnya.

Kota Johor Lama terbiar buat seketika hinggalah zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1677 – 1685). Pada tahun 1678, Laksmana Tun Abdul Jamil Paduka Raja (bapa mertua Sultan Ibrahim) telah datang ke Johor Lama dari Siak dan membunuh Temenggong. Sultan Ibrahim telahcuba membina semula Johor Lama dan memindahkan pusat pemerintahan ke sana tetapi tidak tercapai kerana mangkat di Riau pada 16 Febuari 1685. Kota Batu Johor Lama menjadi tempat bersemanyam sementara Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Pada ketika itu pusat pemerintahan baginda terletak di Pasir Raja, Kota Tinggi (Kampung Makam sekarang).




SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMPUNG JOHOR LAMA

Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda melawat laman blog ini. Saya berharap anda akan mendapat serba sedikit info tentang Johor Lama Kampung Bersajarah dan indah. Saya akan cuba mengajak anda lebih mengenali dan memaut hati anda agar dapat berkunjung ke kampung Johor Lama. Sekiranya anda ingin melihat permandangan keluasan Sungai Johor.. Meringankan kepala dengan melihat tali joran di makan umpan... Duduk di rumah rakit sepetang merihatkan badan.. Anda juga boleh mendengar suara unggas pagi membuat bising... suasana kampung yang aman dan nyaman.. belajar mengenali sejarah lama, bekas ibu negeri Johor yang pertama.. Ingin merasa pedas dan sedapnya masakan Ketam Renjong dan Belangkas goring kering... Menjamah kuih bahulu gendang dan kuih tekap yang tiada dijual di tempat lain.. Datanglah ke Kampung Johor Lama... Kampung Bersejarah..

2:29 AM

Info mengenai Johor Lama Part 3

Dari lereng bukit ada anak tangga.



Lepas naik tangga.


Pusing belakang arah ke sungai.



Member aku berdiri dekat tempat meriam. Besar jugak meriam diorang dulu ni.


Muzium.



Muzium lagi.


Kami tak masuk muzium lagi. Member aku tak puas hati dia nak tengok apa ada dalam hutan buluh ni. Betul jugak kan, mungkin sebelah padang rata ni dulu pun mungkin bahagian kota juga.


Dari celah pohon buluh terlihat sesuatu, apakah itu. jeng jeng jeng..

Oh rupa-rupanya ada kerja kerja sednag mencari bahan-bahan sejarah lama di kawasan ini. Sepatutnya tak boleh masuk kawasan ni, diorang dah letak cross line.


Ni satu lagi.




Dan satu lagi.


Depan muzium.


dalam muzium tak boleh ambik gambar, Ada lukisan wajah Sultan Alauddin Riayat Shah II dan Wajah Bendahara tun Habab. Serta satu lukisan besar tentang peperangan yang berlaku dulu di sini. Gambar atas ni kat atas loteng aku curik-curik ambik.


Ni pun sama.

Ni batu bersurat.

Ni cerita dia, akhir sekali ceritanya "Dalam tahun 1587 kota ini jatuh ke tangan Portugis. keseluruhan Kota ini dibakar dan harta benda termasuk senjata di rampas" Patutlah meriamnya dah takde dah..

Ni dah keluar dari Muzium, ada banyak juga barang lama di situ. sisa sisa yang tinggal.

Ini pandangan dari tepi, kami nak ke belakang muzium ada sesuatu di sana.


itu dia, makam sultan Alaudin Riayat Syah ke 2. katanya, tetapi ada juga sejarah kata Sultan ini di bawa ke Aceh dan memakai satu gelaran sebelum mangkat di hukum bunuh di sana. kat sini takde signbord,. Tapi kalau tengok peta yang ada di jeti . memang ada tertulis di peta itu. inilah makamnya. PEMBETULAN - bukan mangkat tetapi dihukum bunuh. (15-mar-2010).


Ada satu saja yang berbatu nesan, yang lain-lain sepatutnya ada.. tapi mana? entah..


Ni pun batu nesan Aceh juga. tapi saiznye kecil sahaja.



Dan lagi dari sudut lain.

Di jalan besar nak keluar dari Kota lama ini, ada satu makam..

Itu dia tulisannya


Dan ini dia, cuma ada satu, di jaga dengan baik dan berbumbung.

Batu nesan Aceh jugak. tapi batu nesan ni besar gila.. Aku rasa ini lah batu nesan paling besar aku pernah jumpa.

dari sudut lain


Cantiklah batu ni.

Muzium tu di jaga oleh dua orang pegawai, walaupun kecik. keseluruhan Kawasan bersejarah ini di jaga dengan baik. kalau merujuk kepada peta ada lagi tempat-tempat yang aku tak singgah.
Tapi setakat ini sahajalah dulu. Cerita tentang sejarah Kota lama ni ada dalam wikipedia


Sultans of JohorReign
Malacca-Johor Dynasty
Alauddin Riayat Shah II1528 - 1564
Muzaffar Shah II1564 - 1570
Abdul Jalil Shah I1570 - 1571
Ali Jalla Abdul Jalil Shah II1571 - 1597
Alauddin Riayat Shah III1597 - 1615
Abdullah Ma'ayat Shah1615 - 1623
Abdul Jalil Shah III1623 - 1677
Ibrahim Shah1677 - 1685
Mahmud Shah II1685 - 1699















http://en.wikipedia.org/wiki/Johor_Sultanate#Johor.27s_Glory