Jumlah Lawatan

10:40 AM

Info mengenai Johor Lama Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini saya akan menunjukkan anda sedikit sebanyak tentang pengalaman seorang sahabat kita yang telah pun melawat Kota Johor Lama ini .. credit kepada http://perpatihtulus.blogspot.com
kerana membenarkan kami untuk "copy paste" artikel beliau. :-)



Pada 2 rabiul awal 1431 hijrah. dalam perjalanan ke Kota Johor Lama bersama seorang rakan sekampung yang bernama sama dengan nama aku. kami bergerak ke sana dari rumah pukul 10.00 am.


Inilah pertama kali aku nak masuk ke kawasan ini. Walaupun selama ini aku dibesarkan di daerah kota tinggi dan jarak tempat ini kira-kira 37km dari rumah orang tua ku, tetapi aku tidak pernah masuk ke tempat ini. Macam tak percaya, tapi itulah yang berlaku.


Sedar tak sedar banyak papan tanda rupanya. Kawasan daerah-daerah dari bandar Kota Tinggi menghala ke Pengerang ni, banyak kelapa sawit. Pokok-pokok hutan rimba dah kurang..


Banyak perkara-perkara yang membuatkan aku terkejut sepanjang lawatan ini. Ke Kampung Makam juga, Ada sedikit peristiwa pelik. Sikit aje. Dan malahan berbagai perkara bermain-main di pikiran, hati dan perasaan. Namun, perkara yang simpel-simpel (enteng) ajelah.


Aku agak rasa hormat juga dengan pihak berwajib kerana telah menjaga tempat ini dengan begitu baik sekali. 'Tempat ini', bukan papantanda kat atas tu. Tetapi kawasan Kota Johor lama. Nanti dalam keluaran akan datang.. Untuk orang-orang yang membaca blogspot ini. hahahah (ketawa sikit).


Jjika anda ke sini, tidak perlu bertanya sesiapa. Kerana memang takde sesiapa pun nak ditanya. Jalannya kosong lengang dan kalau tiada angin, peeergh boleh rasa meremang bulu roma. hahaha. (ketawa sikit).
Waktu ketika ini sangat panas. Sudah tidak hujan beberapa hari. Berita malam tadi daerah kluang sudah dicatu air. Kemungkinan kemarau akan tiba. Tetapi.... yang peliknya kawasan daerah ini awannya berkepul-kepul.. Tak hujan-hujan juga. Namun suasana berangin.. Agak selesa dapat menyejukan badan yang kadang-kadang berpeluh kepanasan. Minum air batu lah sedap. Dalam kepanasan aku berharap supaya hujan tidak turun. Biorlah panas.. okey bersambung.. nak tido.



0 comments:

Post a Comment