Jumlah Lawatan

11:47 PM

Ada aPa dEngan JOHOR LAMA ??





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sesungguhnya negara Malaysia merupakan bumi bertuah dan tercinta. Terlalu banyak tempat yang mempunyai tinggalan sejarah yang tidak mungkin dapat dilupakan bak kata bijak pandai "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."-George Santayana
Pada hari ini , saya ingin membawa anda semua ke suatu kota namanya Kota Johor Lama yang terletak di tebing kiri menghilir Sungai Johor kira-kira 27 km dari bandar Kota Tinggi atau 30 km dengan darat melalui jalan ke Desaru masuk ke Teluk Sengat.


Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dalam tahun 1511, Sungai Johor telah dijadikan sebagai pusat pemerintahan dan kota pertahanan untuk menyerang balas kedudukan portugis di Melaka.
Keadaan semula jadi kota ini memudahkan pengawasan dibuat terhadap pergerakan keluar masuk kapal-kapal terutamanya ancaman dari orang-orang Acheh dan Portugis. Kota ini merupakan kota pertahanan terbaik di antara kota-kota pertahanan yang dibina di sepanjang Sungai Johor.
Kota ini pernah menjadi ibu negeri sebanyak dua kali iaitu ketika zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II (1540-1564) dan ketika zaman kemuncak kegemilangan Sultan Ali Jalla Abdul Riayat Shah II (1574-1587). Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat hingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali.
Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor. Baginda telah mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudiannya ditambak dengan tanah yang sekarang dikenali sebagai Kota Johor Lama dan menjadi pusat pemerintahan pada ketika itu. Johor Lama telah diserang dan ditewaskan oleh Acheh pada tahun 1564. Sultan Muzaffar Shah yang menggantikan Sultan Alauddin Riayat Shah II telah meninggalkan Johor Lama dan membuka Seluyut sebagai pusat pemerintahannya.

Apabila Sultan Muzaffar Shah mangkat pada tahun 1571, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II pula dilantik menjadi Sultan. Baginda kembali ke Johor Lama dan menjadikan Johor Lama sebagai pusat perdagangan Melayu yang penting sehingga menjejaskan pusat perdagangan Portugis di Melaka. Ini menyebabkan Portugis menyerang Johor Lama pada tahun 1576 dan 1578 tetapi tidak berjaya.
Dalam tahun 1587, kota ini jatuh ke tangan Portugis. Keseluruhan Kota ini dibakar dan harta benda termasuk senjata dirampas. Sultan Ali Jalla meninggalkan Johor Lama dan mendirikan pusat pemerintahan yang baru di Batu Sawar. Namun begitu Johor Lama tetap menjadi pusat perdagangan Melayu yang sibuk.
Disebalik sejarah yang terkubu di Kota Lama Johor, saya ingin mengajak anda semua untuk turun padang dan menikmati pemandangan indah semula jadi yang menenangkan jiwa di Johor Lama.


Ia merupakan pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan apabila anda dibawa menaiki bot dan menikmati seafood di atas kelong (tempat pemeliharaan ikan).


Makanan fresh Ketam !!

Menghayati pemandangan indah di tengah-tengah sungai pengalaman
yang tidak akan dilupakan.

Melihat anak-anak ikan yang sedang membesar

Sekian sahaja buat post yang pertama. Saya harap anda semua teruja untuk bersama-sama dengan kami dalam meningkatkan lagi aktiviti perlancongan di Kota Johor Lama :-)