Jumlah Lawatan

2:25 AM

Info mengenai Johor Lama Part 2

Sebelum ke tempat ini, aku menyangka kawasannya luas. Tetapi sangkaan aku meleset. Namun semasa dahulu mungkin juga.


Sebelum masuk ada satu peta petunjuk. Tempat-tempat yang penting. Ke tempat ini tidak susah informasinya tersedia. Dengan gambar ini juga aku jadikan panduan dan merancang mana-mana tempat yang hendak di tuju. Oleh kerana aku berdua dengan sahabat sekampung, dan dia pun tidak boleh lama-lama, asalnya aku nak pergi ke Makam Sultan mahmud juga pada hari yang sama. Tapi itu tidak mungkin dapat dilakukan dalam masa 2 jam sahaja. Jadi aku rasa eloklah aku tidak berlengah-lengah.

Kapal Layar


Pepohon getah. Semasa aku kecil aku telah tinggal di kawasan seperti ini, di Simpang Renggam.


Kami menuju ke tempat yang paling penting di kawasan ini.

Masjid Jamek Kampong Johor Lama. Kami tidak singgah, semasa ini pukul 11.12 pagi.


Sambil memandu tangan sebelah mengambil gambar.

berenti sekejap ambil gambar papantanda. 'Signal'

Turun ke Jeti. Angin kuat, rambut aku panjang.. sekarang dah potong. Member tolong ambilkan gambar.


Ini gambar member, oleh kerana matahari sudah hampir tegak di atas kepala. Susah nak kontrol hensem. hihihi.

Gambar atas ni, aku ambil dengan menggunakan 'digital zoom' yang selama ini aku jarang pakai. Boleh tahan takde lah teruk sangat. Itu adalah jambatan lebuhraya Senai ke Desaru. yang sedang rancak pembinaannya. Setelah siap nanti perjalanan dari kampung aku ke pasir gudang akan mengambil masa yang pantas. Tidak macam sekarang. Suasana sosio budaya juga nanti akan berubah. Jadi sekiranya ada kapal perang Portugis dari arah laut mereka tidak sewenangnya dapat sampai ke Kota Johor Lama ini dengan mudah. Bot kecil mungkin boleh lepas.


ini tanpa Zoom. Jauh dari sudut manapun engkau lihat..

Ini menghala ke daratan. Sebelah kiri.


Ini belah kanan. Ada kanak-kanak bermandi manda. Waktu 11.17 pagi. Seronok pulak aku tengok bebudak ni.


zoom.


"Asal tembaga menjadi dulang,
asal kayu menjadi peti,
kalau ada jodoh mendatang,
Moga kita berjumpa lagi"

Pantun melayu lama yang tertera di Pondok hujung Jeti.. Jadi kalau ada orang nak meinggalkan tempat ini.Menggunakan laluan Sungai Johor, pengangkutan air, pantun ini di tujukan kepada mereka, sebagai tanda terima kasih dan sayang. Begitulah eloknya budi pekerti di dalam pantun melayu lama ini. Disamping itu menunjukkan bahawa orang Melayu lama sudah mahir dalam hal-hal ilmu jenis besi, pembuatan, perlombongan, termasuk lah pertukangan kayu. Baguskan.. Manakah mungkin ada orang mencipta kata-kata ini kalau bukan lahir dari hati yang bersih.

Ok setakat ini dulu.. next tentang Kubur-kubur lama dan sekitar muzium. InsyaAllah kalau rajin.

Gambar-gambar yang dimuat naik hari ini lebih kecil saiznya tidak seperti sebelum ini. Lebih pantas dan menjimatkan masa.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment